03 January 2019

Darjah 1 dan Mengaji selepas KAFA

Tahun 2019 ni anak kedua dah naik Darjah 1

Persediaan persekolahan memang banyak nak pakai RM (Ringgit Malaysia bukan kakmah)

agak-agak aku kira ada dalam 1500 juga termasuk sekolah petang mengaji dot dot dot

*****

Day 1 sekolah pagi

aku drop anak-anak tepi jalan

Si abang pimpin tangan adiknya melintas jalan sambil diseliakan oleh pekerja yg menjaga keselamatan laluan pejalan kaki

Lepas tuh aku masuk opis

Lunch aku datang bagi makan. Menu senang je anak2 ni, ayam goreng, nasi dan kicap. yang nak makan asam pedas pari, kurma daging sambal sotong tuh bukan anak tapi ngko tau tak.

Tunggu jap dia solat berjemaah dan hantar ke kelas kafa.

Balik aku ambil jam 5 lebih, pickup si adik dulu kat nursery dan ke sekolah untuk pickup si abang n si kakak. OK kakak cedera kat tapak tangan sebab jatuh. Aku tanya berlari ker? dia tak mengaku. Kain tak koyak, nasib baik...

*****

Sesi mengaji selepas kafa

Maka berlumba-lumbalah ibu bapa minta turn anak dia mengaji jam 4.30 sebab mereka pon balik jam 4.30 nk cepat smpi rumah.

Boleh tak dalam isu mengaji ni, kau bg perhatian lebih sikit, tunggu la sekejap, dlm kelas tuh ada kurang2 30 orang pelajar yang mana rata-rata mereka mempunyai ibu bapa yg pentingkan diri mcm anak dia sorang je yang wujud dalam kelas tuh untuk mengaji awal balik awal. sekian.

No comments:

Aku bukan nama sebenar

Francis Fraterina