28 November 2017

Status Whatsapp

makin hari makin ramai yang update status whataspp
sampai tak terlayan

aku pun suka juga up status whatsapp
nak-nak sejak boleh taip macam-macam kan

sehari berapa kali update status?
aku paling banyak pon lima atau enam kali
tuh kalau ada kerajinan
mungkin faktor usia agaknya
jangan 10 tahun lepas (mujur whatsapp belum ada dulu)
kalau 10 tahun lepas aku gelelng kepala

TAPI
TAPI di sini lebih menjurus kepada level berapa kali kita nak update?
bawah 10 kali update aku boleh tahan lagi kalau setakat selfie dan tulisan
cer kamu semua bayangkan, 32 update!!! pakej dgn live dia berjalan kaki
pakej dgn selfie di tempat yang sama cuma berbeza inci cara posing jer kut
pakej dengan sesi luahan perasaan panjang-panjang
pakej dengan karok sambil drive, so rakam apa jer? rakam dashboard lah

aku update juga, aku selfie juga tapi sehari dua atau tiga kali cukuplah
sampai 28 kali tuh pacitaaaaaa????

-sekian-

22 November 2017

PC Office

hari ni aku ada masalah
aku takde mood nk kerja
sbb pc opis kesayangan aku ni buat hal

sekian. okbai

21 November 2017

Nasi Goreng

Pagi sebelum masuk office aku lebih suka singgah terus beli breakfast
singgah di kafe selang 2 blok dari office aku

hari ni lapar giler, terus terbeli nasi lemak
biasa beli kuih muih jer dalam RM2
makanlah nasi lemak paru bersulam air kopi o pekat

tengahari ni makan nasi goreng
nasi goreng pagi buat breakfast di rumah banyak lebih
bawak lah sikit ke office
rasa macam tak kenyang

tekak ni takleh nk terima dah, jap lagi nk mesej tok laki nk minta dia janganlah masak nasi banyak sangat
tak larat nak makan nasi goreng hari-hari wei, sayang nk buang

sebab tekak tak lalu, pergi pantri ambil sepeket maggie kari
pon sama, tak sampai 3 sudu suap terus kembang tekak

so ceritanya, hari ni tekak saya kurang berselera selepas makan nasi lemak lauk paru

-janji update-

20 November 2017

Muka Taik

ya ya
aku hampir terlupa aku punya semangat nak menulis semula

kau tengok orang sekeliling kau
kau nampak apa?

macam-macam ragam kan
ada yang diam
ada yang bising (tuh aku)
ada yang pendengki
ada yang bossy
ada yang talam lapis
ada yang lurus bendul ibarat garis highway PLUS
dan ada yang pelbagai lagi

tapi kat sini aku nak highlightkan sejenis sahaja
yang BOSSY

mentang-mentang dia bukan orang penting dalam discussion tersebut
dia pon buat muka taik
muka malas nak ambil tahu
muka sombong acah-acah dia tak terlibat

tapi obvious sangat muka tuh adalah muka taik
kerana pendapat dia tak diguna pakai
kerana dia tak terlibat dengan keurussetiaan
dan sebenarnya ada banyak benda pon dia tak tahu

situasi atas tuh, aku lalui....
rasa nak tapakkan muka taik tuh dengan wedges saiz 9

okbai

16 November 2017

Dalam Office Aku

Dalam opis aku ni ada 1 boss
4 orang pegawai
1 kerani kawan bergaduh

Bilamana sebenarnya diorang ni behave sesangat
tapi awas aku ni mata helang
tolong jangan confident sangat submit surat untuk bos aku sign tanpa melalui aku
hahahaha

ok sebenarnya dalam opis ni total manusia is 33 orang
cuma dalam seksyen aku da 7 orang shj.

sekian

Target Achieve

hari yang biasa-biasa ku lalui
pagi ni sampai office aku pon capai mug untuk buat air
laluan ke pantri pula ada penimbang berat (ihsan seorang pegawai sebelum berpencen, mungkin beliau risau melihat staf yang asyik makan jer kan)
singgah sekejap dan naik penimbang

nyaris aku nak melompat atas penimbang tuh 
mujur masih sedar diri dan penimbang tersebut masih selamat

Alhamdulillah, target awal aku tercapai
kau nak tahu target apa? Target mengurangkan berat badan

yer aku cerita yer..
hujung 2016 berat aku 97.6kg
masa tuh aku bahagia je dengan kehidupan aku
walaupun baju banyak yang tak muat
banyak yang membalut nangka 

hujung tahun 2016 aku bercuti di hatyai bersama kawan-kawan
balik dari hatyai aku di serang uticaria
kalau orang kampung panggil gegata a.k.a disembur pontianak (hei seram)
dalam 2 bulan juga lepas asar seluruh area peha kaki akan naik
bergantungan lah pada ubat allergic (doktor kata allergic)

kemudian aku secara tiba-tiba dapat kesedaran
aku tatau dari mana datangnya
awal tahun 2017 aku mula diet malam
yer malam sahaja
siang aku makan macam biasa
malam aku tak makan
dan masuk Februari 2017, aku minta suami belikan basikal kardio dari lazada

suami belikan, tp masa ni dia tak yakin
maka bermulalah episod aku mengayuh beskal setiap hari antara 40 - 50 minit

dan setiap kali aku selesai mengayuh sambil kepenatan aku akan ada perasaan tanak buat dah, taubat... penat nyer, lutut tak berasa dan lain-lain
esoknya, balik dari kerja aku akan tukar baju dan capai basikal dan mengayuh lagi
dan selesai kayuh akan berulang perasaan tuh

sedar tak sedar aku dah mengayuh basikal non stop selama 2 bulan
dan dah loose 7kg 

kau tahu apa aku rasa masa tuh?
aku nak cium basikal aku berjam-jam

dan masalah uticaria aku masa tuh hilang begitu sahaja dan juga aku rupanya dah 2 bln tak ambil ubat allergic
so disini aku nak cakap masalah uticaria tuh mungkin juga atas faktor kegemukkan aku

ok ok sambung
lepas aku dapat berat lebih kurang 90kg
aku pelbagai workout aku
aku selang selikan dengan kayuhan basikal
sebab masa tuh aku dah rasa ringan

aku buat tabata dan figurerobics
selang seli ya dengan basikal supaya tak jemu
dan paling penting air masak minima 3liter
biasa aku ambil lebih

rupa-rupanya semakin ringan berat kita semakin susah nak loose weight
dan hari ni penimbang menunjukkan angka 80.4kg (berat ketika aku mula mengandungkan anak sulung)
dan secara rasminya target aku tercapai

aku nak buat target baru...70kg tapi suami cakap "tak payah la, jgn kurus sangat"

so sekarang aku nak ikut cakap suami atau nak bergumbira 
konpius ni

15 November 2017

Page Berniaga di FB

korang jual apa
aku jual minyak
bukan minyak urut atau minyak dagu ya
aku jual minyak wangi....(sambil menghela nafas mcm iklan echanteur)

korang jual di mana?
buka kedai? online? underground?

aku jual di FB, ada sikit2 di IG dan ada juga live di opis
sejak meniaga ni ramai juga yang aku app
terutama selepas produk kita di review

ok ok, aku cuba sampaikan maksud yang lain
ramai add aku, aku app
walaupun aku intai rupanya dia bisnes supplement
owh bisnes perfumes juga
ok, tuh semua ok

yang jadi tak ok bila kita dijemput join page
page meniaga nasi lemak penjawat awam (ini contoh ya)
page bisnes untung rugi cikgu cekgi (ini contoh ya)

tapi dalam page tuh semuanya seller
mane buyers?

pastu nk iklan kena id la apa la

ok ok, cool down

aku sejak meniaga mmg tau page2 tuh semua buang masa
rata-rata pelanggan aku pon bukan pernah ada dari page sebegitu
jadik aku left semuanya senang cerita
cuma aku jd geram ada pulak yang rajin invite

penat nak marah..okbai

Biasa biasa

orang biasa ni ramai
termasuk aku
yang kadang-kadang sifat perasan aku ni ada lebih sikit
konon-konon jer
contoh? kau baca header atas tuh
apa dia tulis???
eh baca sendiri la. kikikiki

manusia biasa ni ada sifat lahiriah yang tak banyak tetap ada yakni "riak"
cara nak handle hati je berbeza

aku teringat kawan masa kerja kilang jepun dulu
sebagai receiptionist ya bukan operator (ok ni riak...contoh riak yg sedikit dari insan biasa)
ada kakak bahagian IT tuh, cantik orang nya kulit putih licin
nama pon best ala-ala mat salleh
punya suami yang kerja dengan syarikat minyak gergasi negara
dan selalu juga ke oversea

kakak tuh pakai kereta BMW (tahun 2005/6 kereta tuh mmg idaman lah)

ada satu hari aku teman kakak tuh pergi lunch di luar kilang
yang kebetulan dia mengandung anak ke-2
kebetulan laki dia dah fly ke oversea
dia belanja aku McD Drive Thru tau

ceritanya is dia dan aku bersembang tentang 'biasa'
Dia nk jual BMW, nak pakai Perdana jer
nak 1 kereta jer
dan aku tanya kenapa, dia jawab "akk dan suami nk hidup biasa-biasa jer"

guest what
Selepas aku berhenti kerja situ, dan bertahun-tahun selepas itu
ketika aku berjinak dengan FB dalam tahun 2009/2010
aku jumpa dia semula
aku add friend

dan 'biasa-biasa' yang dia maksudkan betul-betul 'biasa-biasa'
dia betul-betul menjalani kehidupan biasa yang diimpikan
walaupun hakikatnya dia boleh enjoy luar biasa

teringat kisah viral gaji RM1300 nak beli Honda City baru
aku nak nasihat disini

Jangan kemaruk dik dengan pandangan masyarakat terhadap kereta apa kau pakai
dan kalau boleh jangan la disebabkan kemaruk kau sanggup tak makan
beli la 2nd hand....tapi kau kena ingat, risiko pakai keta import 2nd ni lebih besar untuk poket kau koyak rabak

aku pakai kereta tempatan jer, sebab aku sedang mencoba untuk "biasa-biasa"


sejenis bende likat yang tersekat

sejak akhir-akhir ni
aku macam tak berapa nak sihat
macam hampir diserang selesema
dan tiba-tiba berkahak

kau tahu apa yang susah
jadi susah bila kau nak buang kahak tapi tak lepas
tersekat di skala 6 gitu

puas kau hingus-hinguskan
teran-terankan

ok, penyakit ni kita tak minta
once dia datang, dosa kecil terhapus

tapi aku macam nak buat dosa kat sini
aku paling geli geleman bila orang batuk berkahak menggelegak tapi dia tak buang

aku pernah tegur, dia jawab tak keluar
baiklah

makanya aku hadap jer la
cuma kalau kena time aku makan terdengar, aku rasa nak pi kahakkan dia balik

sekian. okbai....


14 November 2017

tiba-tiba

Tiba-tiba namanya ni
sambil layan muvi ntah hape2, aku teringat satu blog pemes
aku pon cecepat g carik kat pakcik gugel
eh layannnnn

pastu tiba-tiba aku rasa rindu
rindu dengan penulisan caca marba compang camping yang takde seorang pon hingin nak baca

tapi kan
tapi la
aku rasa takde salahnya kalau aku mula suka2 menulis balik
(eh korang jgn percaya dulu yer)
cuma aku takut entry ni akan bersambung di tahun 2018

tiap kali mula menulis aku pasti menyeru semangat
tapi aku syak aku salah seru

semangat tuh mcm tak minat dengan aku

sekian, okbai

Aku bukan nama sebenar

Francis Fraterina