15 November 2017

Biasa biasa

orang biasa ni ramai
termasuk aku
yang kadang-kadang sifat perasan aku ni ada lebih sikit
konon-konon jer
contoh? kau baca header atas tuh
apa dia tulis???
eh baca sendiri la. kikikiki

manusia biasa ni ada sifat lahiriah yang tak banyak tetap ada yakni "riak"
cara nak handle hati je berbeza

aku teringat kawan masa kerja kilang jepun dulu
sebagai receiptionist ya bukan operator (ok ni riak...contoh riak yg sedikit dari insan biasa)
ada kakak bahagian IT tuh, cantik orang nya kulit putih licin
nama pon best ala-ala mat salleh
punya suami yang kerja dengan syarikat minyak gergasi negara
dan selalu juga ke oversea

kakak tuh pakai kereta BMW (tahun 2005/6 kereta tuh mmg idaman lah)

ada satu hari aku teman kakak tuh pergi lunch di luar kilang
yang kebetulan dia mengandung anak ke-2
kebetulan laki dia dah fly ke oversea
dia belanja aku McD Drive Thru tau

ceritanya is dia dan aku bersembang tentang 'biasa'
Dia nk jual BMW, nak pakai Perdana jer
nak 1 kereta jer
dan aku tanya kenapa, dia jawab "akk dan suami nk hidup biasa-biasa jer"

guest what
Selepas aku berhenti kerja situ, dan bertahun-tahun selepas itu
ketika aku berjinak dengan FB dalam tahun 2009/2010
aku jumpa dia semula
aku add friend

dan 'biasa-biasa' yang dia maksudkan betul-betul 'biasa-biasa'
dia betul-betul menjalani kehidupan biasa yang diimpikan
walaupun hakikatnya dia boleh enjoy luar biasa

teringat kisah viral gaji RM1300 nak beli Honda City baru
aku nak nasihat disini

Jangan kemaruk dik dengan pandangan masyarakat terhadap kereta apa kau pakai
dan kalau boleh jangan la disebabkan kemaruk kau sanggup tak makan
beli la 2nd hand....tapi kau kena ingat, risiko pakai keta import 2nd ni lebih besar untuk poket kau koyak rabak

aku pakai kereta tempatan jer, sebab aku sedang mencoba untuk "biasa-biasa"


No comments:

Aku bukan nama sebenar

Francis Fraterina