03 January 2019

Darjah 1 dan Mengaji selepas KAFA

Tahun 2019 ni anak kedua dah naik Darjah 1

Persediaan persekolahan memang banyak nak pakai RM (Ringgit Malaysia bukan kakmah)

agak-agak aku kira ada dalam 1500 juga termasuk sekolah petang mengaji dot dot dot

*****

Day 1 sekolah pagi

aku drop anak-anak tepi jalan

Si abang pimpin tangan adiknya melintas jalan sambil diseliakan oleh pekerja yg menjaga keselamatan laluan pejalan kaki

Lepas tuh aku masuk opis

Lunch aku datang bagi makan. Menu senang je anak2 ni, ayam goreng, nasi dan kicap. yang nak makan asam pedas pari, kurma daging sambal sotong tuh bukan anak tapi ngko tau tak.

Tunggu jap dia solat berjemaah dan hantar ke kelas kafa.

Balik aku ambil jam 5 lebih, pickup si adik dulu kat nursery dan ke sekolah untuk pickup si abang n si kakak. OK kakak cedera kat tapak tangan sebab jatuh. Aku tanya berlari ker? dia tak mengaku. Kain tak koyak, nasib baik...

*****

Sesi mengaji selepas kafa

Maka berlumba-lumbalah ibu bapa minta turn anak dia mengaji jam 4.30 sebab mereka pon balik jam 4.30 nk cepat smpi rumah.

Boleh tak dalam isu mengaji ni, kau bg perhatian lebih sikit, tunggu la sekejap, dlm kelas tuh ada kurang2 30 orang pelajar yang mana rata-rata mereka mempunyai ibu bapa yg pentingkan diri mcm anak dia sorang je yang wujud dalam kelas tuh untuk mengaji awal balik awal. sekian.

02 January 2019

2019 entah kenapa

Happy New Year

wow wow wow

entry 2018 mana?

last menulis bila?

kah kah kah

awal tahun ni semangat macam biasa,
BERKOBAR-KOBAR ingin menulis.... krik krik krik

tapi takut macam kebiasaan lah
bersahut sahutan pulak cengkerik alam maya ni kan

weh, officially tahun ni suami dah masuk 40
semalam kami pergi makan KFC dan beli barang dapur
Lebih memeranjatkan TShirt Tuck In
faham tak maksudnya?

tak faham? okbai


19 December 2017

Hak Masing-masing

dah 5 hari demam virus
pagi ni gigih datang kerja
orang kalau sakit nak rest kat rumah kan
tapi aku nak rest kat office
sebab apa? di rumah tak dapat rest malah dapat stress dengan anak3

pagi ni aku masuk opis ada drama
kisah status whatsapp

ada yang menyentap
sentap dengan status kawan office

pastu ada kaknam pulak cakap kalau berani jangan la hide 
update status perli terang-terang

hamboih kaknam

macamni ya, tak semua orang suka perli depan-depan
ada yang jenis sekadar luahan perasaan je
sebab tuh dia hide awal2
dan dia tak berniat nak bergaduh
manusia biasa kan

kalau aku, aku lebih suka untuk mempersalahkan si polan yang baik hati suka jadi tukang karut tukang sampai dan tali barut

orang tuh meluahkan perasaan supaya yang terbuku dihati dapat di keluarkan tanpa perlu mention nama si polan si polan
datang kau sebagai kaknam jadi barua pulak menyampai-nyampai
kau tahu tak kalau kau beri maklumat yang salah itu dah dikira "fitnah"?

sekian

28 November 2017

Status Whatsapp

makin hari makin ramai yang update status whataspp
sampai tak terlayan

aku pun suka juga up status whatsapp
nak-nak sejak boleh taip macam-macam kan

sehari berapa kali update status?
aku paling banyak pon lima atau enam kali
tuh kalau ada kerajinan
mungkin faktor usia agaknya
jangan 10 tahun lepas (mujur whatsapp belum ada dulu)
kalau 10 tahun lepas aku gelelng kepala

TAPI
TAPI di sini lebih menjurus kepada level berapa kali kita nak update?
bawah 10 kali update aku boleh tahan lagi kalau setakat selfie dan tulisan
cer kamu semua bayangkan, 32 update!!! pakej dgn live dia berjalan kaki
pakej dgn selfie di tempat yang sama cuma berbeza inci cara posing jer kut
pakej dengan sesi luahan perasaan panjang-panjang
pakej dengan karok sambil drive, so rakam apa jer? rakam dashboard lah

aku update juga, aku selfie juga tapi sehari dua atau tiga kali cukuplah
sampai 28 kali tuh pacitaaaaaa????

-sekian-

22 November 2017

PC Office

hari ni aku ada masalah
aku takde mood nk kerja
sbb pc opis kesayangan aku ni buat hal

sekian. okbai

21 November 2017

Nasi Goreng

Pagi sebelum masuk office aku lebih suka singgah terus beli breakfast
singgah di kafe selang 2 blok dari office aku

hari ni lapar giler, terus terbeli nasi lemak
biasa beli kuih muih jer dalam RM2
makanlah nasi lemak paru bersulam air kopi o pekat

tengahari ni makan nasi goreng
nasi goreng pagi buat breakfast di rumah banyak lebih
bawak lah sikit ke office
rasa macam tak kenyang

tekak ni takleh nk terima dah, jap lagi nk mesej tok laki nk minta dia janganlah masak nasi banyak sangat
tak larat nak makan nasi goreng hari-hari wei, sayang nk buang

sebab tekak tak lalu, pergi pantri ambil sepeket maggie kari
pon sama, tak sampai 3 sudu suap terus kembang tekak

so ceritanya, hari ni tekak saya kurang berselera selepas makan nasi lemak lauk paru

-janji update-

20 November 2017

Muka Taik

ya ya
aku hampir terlupa aku punya semangat nak menulis semula

kau tengok orang sekeliling kau
kau nampak apa?

macam-macam ragam kan
ada yang diam
ada yang bising (tuh aku)
ada yang pendengki
ada yang bossy
ada yang talam lapis
ada yang lurus bendul ibarat garis highway PLUS
dan ada yang pelbagai lagi

tapi kat sini aku nak highlightkan sejenis sahaja
yang BOSSY

mentang-mentang dia bukan orang penting dalam discussion tersebut
dia pon buat muka taik
muka malas nak ambil tahu
muka sombong acah-acah dia tak terlibat

tapi obvious sangat muka tuh adalah muka taik
kerana pendapat dia tak diguna pakai
kerana dia tak terlibat dengan keurussetiaan
dan sebenarnya ada banyak benda pon dia tak tahu

situasi atas tuh, aku lalui....
rasa nak tapakkan muka taik tuh dengan wedges saiz 9

okbai

Aku bukan nama sebenar

Francis Fraterina