pagi ni sampai office aku pon capai mug untuk buat air
laluan ke pantri pula ada penimbang berat (ihsan seorang pegawai sebelum berpencen, mungkin beliau risau melihat staf yang asyik makan jer kan)
singgah sekejap dan naik penimbang
nyaris aku nak melompat atas penimbang tuh
mujur masih sedar diri dan penimbang tersebut masih selamat
Alhamdulillah, target awal aku tercapai
kau nak tahu target apa? Target mengurangkan berat badan
yer aku cerita yer..
hujung 2016 berat aku 97.6kg
masa tuh aku bahagia je dengan kehidupan aku
walaupun baju banyak yang tak muat
banyak yang membalut nangka
hujung tahun 2016 aku bercuti di hatyai bersama kawan-kawan
balik dari hatyai aku di serang uticaria
kalau orang kampung panggil gegata a.k.a disembur pontianak (hei seram)
dalam 2 bulan juga lepas asar seluruh area peha kaki akan naik
bergantungan lah pada ubat allergic (doktor kata allergic)
kemudian aku secara tiba-tiba dapat kesedaran
aku tatau dari mana datangnya
awal tahun 2017 aku mula diet malam
yer malam sahaja
siang aku makan macam biasa
malam aku tak makan
dan masuk Februari 2017, aku minta suami belikan basikal kardio dari lazada
suami belikan, tp masa ni dia tak yakin
maka bermulalah episod aku mengayuh beskal setiap hari antara 40 - 50 minit
dan setiap kali aku selesai mengayuh sambil kepenatan aku akan ada perasaan tanak buat dah, taubat... penat nyer, lutut tak berasa dan lain-lain
esoknya, balik dari kerja aku akan tukar baju dan capai basikal dan mengayuh lagi
dan selesai kayuh akan berulang perasaan tuh
sedar tak sedar aku dah mengayuh basikal non stop selama 2 bulan
dan dah loose 7kg
kau tahu apa aku rasa masa tuh?
aku nak cium basikal aku berjam-jam
dan masalah uticaria aku masa tuh hilang begitu sahaja dan juga aku rupanya dah 2 bln tak ambil ubat allergic
so disini aku nak cakap masalah uticaria tuh mungkin juga atas faktor kegemukkan aku
ok ok sambung
lepas aku dapat berat lebih kurang 90kg
aku pelbagai workout aku
aku selang selikan dengan kayuhan basikal
sebab masa tuh aku dah rasa ringan
aku buat tabata dan figurerobics
selang seli ya dengan basikal supaya tak jemu
dan paling penting air masak minima 3liter
biasa aku ambil lebih
rupa-rupanya semakin ringan berat kita semakin susah nak loose weight
dan hari ni penimbang menunjukkan angka 80.4kg (berat ketika aku mula mengandungkan anak sulung)
dan secara rasminya target aku tercapai
aku nak buat target baru...70kg tapi suami cakap "tak payah la, jgn kurus sangat"
so sekarang aku nak ikut cakap suami atau nak bergumbira
konpius ni
No comments:
Post a Comment